Posts

Showing posts from September, 2017

KELAB DAN HOBI

Image
                                                        KELAB DAN HOBI Saya amat meminati bidang tarian. Saya menyertai kelab tarian sejak dari tahun 1 iaitu pada tahun 2013. Saya telah mewakili sekolah dalam beberapa buah pertandingan tarian . S aya dan rakan-rakan berlatih bersung guh-sungguh setiap kali menyertai sebarang pertandingan. Terbaru, sekolah kami memena ngi tempat kedua dalam pertandingan tarian yang diadakan di sebuah sekolah swasta yang lain. Sekolah kami menerima hadiah wang tunai sejumlah RM500.00. Saya turut mengambil bahagian dalam persembahan tarian semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) pada tahun 2015. Pada tahun 2015 MAKA diadakan di Hotel Sunway Putra. Kami mendapat tempat pertama mengalahkan persembahan-persembahan lain.               Saya dan rakan-rakan mendapat undangan mengadakan persembahan semasa majlis 'Dimaz' di Shah Alam. Pada malam tersebut kami mempersembahkan 2 buah tarian iaitu zapin dan inang. Sebelum mengadak

TRIP TO I-CITY SHAH ALAM & TRICK ART MUSEUM

Image
Hai... Hari ini saya akan menceritakan lawatan saya ke I-CITY Shah Alam. Apabila tiba di sana, kami terpaksa menunggu kerana tempat yang kami ingin lawati iaitu 'Snow Walk' masih belum buka. Setelah menunggu beberapa minit, kami pun dibenarkan masuk ke 'Snow Walk'.                                                                                                     Pada waktu tengah hari, kami makan tengah hari di KFC. Mmmmmmmm..........sedap sehingga menjilat jari...... Selepas makan tengah hari, kami menunaikan solat Zohor. Seterusnya, kami ke 'Trick Art Museum'.. Setelah selesai lawatan, kami pun pulang ke sekolah. Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Saya harap saya dapat pergi ke 'Snow Walk' lagi.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA

Image
Hari Kemerdekaan Kali Ke-60 Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos 2007, Malaysia telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-50.                  Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.                  Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di