SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA
Hari Kemerdekaan Kali Ke-60
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.
Sambutan Hari Kebangsaan 2017
Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957.
Majlis ini disambut besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.
Pada 31 Ogos 2017, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun!
Untuk tahun ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia memaklumkan akan membuat sedikit kelainan dari segi persembahan. Katanya skrin besar akan dipasang untuk mengembalikan nostalgia laungan Merdeka dilafazkan pada 31 Ogos 1957.
Amanat Perdana Menteri akan bersiaran langsung pada petang 30 Ogos nanti di angkasapuri RTM.
Ambang Merdeka akan berlangsung di Bukit Jalil pada sebelah malam selepas majlis penutupan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.
Jalur Gemilang
Jalur Gemilang bercorak 14 garis (jalur) merah dan putih (melintang) yang sama lebar, di mana jumlah 13 melambangkan jumlah negara bagian atau persekutuan, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bagian biru tua memuat gambar bulan sabit melambangkan Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
Bintang pecah 14 adalah tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang adalah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. warna merah pula melambangkan keberanian dan warna putih pula melambangkan kesucian.yang terakhir pula iaitu warna biru melambangkan perpaduan.
Logo Hari Kebangsaan Kali Ke-60
Logo Negaraku Sehati Sejiwa
Berikut merupakan logo rasmi yang akan digunakan pada sambutan Hari Kemerdekaan Negara tahun ini.Negaraku Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan bagi tahun 2017.
Pemilihan tema ini berlandaskan perpaduan dan kesepakatan yang akan menjadi penggerak kepada agenda memperkasakan integriti nasional dalam kalangan masyarakat dan kaum di Malaysia.
Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan seperti biasa pada 31 Ogos di Dataran Merdeka. Hari Malaysia pula akan disambut 16 September di Kota Kinabalu, Sabah.
HARI MALAYSIA
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati Penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama iaitu tahun 1963. Penubuhan ini menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Comments
Post a Comment