PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
PENGERTIAN LOGO
- Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
- Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
- Di bawah logo ini tertulis perkataan : “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin
PENGERTIAN WARNA
- Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
- Hijau : Agama
- Taqwa sebagai TERAS
- Putih : Kesucian
- Kuning : Kesetiaan dan ketaatan
SEJARAH PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
Tunku Kursiah |
Tengku Hajah Afzan |
Datin Hajah Badiah |
Lagu Puteri
Visi PPIM
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :
- Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
- Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
- Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Misi PPIM
- Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan.
- Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
- Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Pemakaian Puteri Islam
Ini ialah cara pemakaian bagi unit beruniform Puteri Islam Malaysia.
Hari Puteri
Pertandingan Kawad Kaki
Saya mewakili unit beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Saya berasa seronok menyertai Puteri Islam kerana banyak aktiviti yang dilakukan setiap kali perjumpaan diadakan. Antara aktiviti yang saya sertai ialah aktiviti kawad kaki, jahitan dan menyiapkan buku log.
Saya dan rakan-rakan mewakili sekolah dalam pertandingan kawad
kaki. Kami mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut diadakan di Sekolah Menengah Sungai Pusu.
Saya dan rakan-rakan juga menyertai pertandingan lagu patriotik yang diadakan di sekolah. Puteri Islam telah mendapat tempat ketiga daripada lima buah pasukan yang bertanding.
baju unit Berunifom tu semua orang ke kena beli?.
ReplyDelete