Posts

AKTIVITI SEMASA CUTI SEKOLAH

        A KTIVITI SEMASA CUTI SEKOLAH                            Semasa cuti sekolah yang lalu, saya telah menghabiskan masa sebaik mungkin. Banyak aktiviti yang saya lakukan bersama adik-beradik dan keluarga. Saya banyak membantu mama melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak nasi, menyidai pakaian di ampaian, menyiram pokok bunga, melipat baju dan lain-lain lagi. Selain itu, kami sekeluarga turut menyambut ulang tahun kelahiran datuk yang ke-80 tahun.               Saya juga turut mengikut mama membeli baju raya untuk kami sekeluarga. Kami telah ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Pasar Raya Mydin dan Jakel Mall untuk membeli baju dan kelengkapan hari raya. Walaupun penat, saya tetap berasa seronok. Saya dan keluarga juga suka bercuti di tempat-tempat peranginan seperti Cameron Highlands.                Video ini merupakan aktiviti yang saya lakukan sepanjang cuti sekolah. Selamat menonton. Semoga terhibur. ❤

KELAB DAN HOBI

Image
                                                        KELAB DAN HOBI Saya amat meminati bidang tarian. Saya menyertai kelab tarian sejak dari tahun 1 iaitu pada tahun 2013. Saya telah mewakili sekolah dalam beberapa buah pertandingan tarian . S aya dan rakan-rakan berlatih bersung guh-sungguh setiap kali menyertai sebarang pertandingan. Terbaru, sekolah kami memena ngi tempat kedua dalam pertandingan tarian yang diadakan di sebuah sekolah swasta yang lain. Sekolah kami menerima hadiah wang tunai sejumlah RM500.00. Saya turut mengambil bahagian dalam persembahan tarian semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) pada tahun 2015. Pada tahun 2015 MAKA diadakan di Hotel Sunway Putra. Kami mendapat tempat pertama mengalahkan persembahan-persembahan lain.               Saya dan rakan-rakan mendapat undangan mengadakan persembahan semasa majlis 'Dimaz' di Shah Alam. Pada malam tersebut kami mempersembahkan 2 buah tarian iaitu zapin dan inang. Sebelum mengadak

TRIP TO I-CITY SHAH ALAM & TRICK ART MUSEUM

Image
Hai... Hari ini saya akan menceritakan lawatan saya ke I-CITY Shah Alam. Apabila tiba di sana, kami terpaksa menunggu kerana tempat yang kami ingin lawati iaitu 'Snow Walk' masih belum buka. Setelah menunggu beberapa minit, kami pun dibenarkan masuk ke 'Snow Walk'.                                                                                                     Pada waktu tengah hari, kami makan tengah hari di KFC. Mmmmmmmm..........sedap sehingga menjilat jari...... Selepas makan tengah hari, kami menunaikan solat Zohor. Seterusnya, kami ke 'Trick Art Museum'.. Setelah selesai lawatan, kami pun pulang ke sekolah. Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Saya harap saya dapat pergi ke 'Snow Walk' lagi.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA

Image
Hari Kemerdekaan Kali Ke-60 Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos 2007, Malaysia telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-50.                  Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.                  Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)

Image
                PERGERAKAN PUTERI   ISLAM MALAYSIA                                                                 PENGERTIAN LOGO   Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di  dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada  perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM." ( Pa Pa Alif) Di bawah logo ini tertulis perkataan : “PUTERI"- Bagi Ahli-Ahli Puteri “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin           PENGERTIAN WARNA Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau : Agama Taqwa sebagai TERAS Putih : Kesucian Kuning : Kesetiaan dan ketaatan                                    SEJARAH PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempu